Friday, June 3, 2011

Teknologi 'morphogenesis' di dalam solidThinking Inspired

'Morphogenesis' adalah salah satu teknologi yang diaplikasikan didalam solidThinking, yang juga dikenali sebagai modul solidThinking Inspired, dimana modul ini tidak terdapat didalam mana-mana perisian CAID yang lain. Teknologi 'Morphogenesis' ini adalah satu kejuruteraan mereplikasi kejadian alam, dimana mengambil kira hukum kejadiaan fizik alam, dari segi pembentukan struktur sokongan terhadap sesuatu objek. Dengan teknologi 'morphogenesis' perekabentuk dapat mengekplorasi rekabentuk yang lain dan organik, disamping masih dapat menyokong strukturnya.

Teknologi 'morphogenesis' ini adalah salah satu cara perekabentuk boleh mendapatkan inspirasi di dalam rekaan mereka. Kerana kita tahu, tiada rekaan yang lebih indah selain daripada kejadian alam itu sendiri. Dibawah ini adalah salah satu contoh rekaan motosikal yang menggunakan teknologi 'morphogenesis' dan hasilnya, sebuah rekaan yang mengkagumkan.





Seterusnya, satu lagi contoh didalam bidang senibina, dimana aplikasi solidThinking Inspired digunakan didalam proses rekabentuk sebuah stadium.




*Dapatkan perisian solidThinking pada harga diskaun sekarang! Promosi berakhir pada 30 September 2011.

Flexibility in solidThinking

With solidThinking, You can explore any design alternative thanks to solidThinking's flexibility feature! You don't have to remodeled your surface, and you can change your mind at anytime.

Apakah CAID?

Contoh antaramuka didalam perisian CAID (solidThinking)

Apakah CAID?

Perisian 3D memainkan peranan yang penting di dalam zaman teknologi sekarang. Penggunaan perisian 3D banyak membantu kita dari segi persembahan idea, dari segi kejuruteraan dan juga untuk tujuan hiburan. Malah, penguasaan kemahiran sesorang didalam menggunakan perisian 3D juga adalah satu bonus didalam alam pekerjaan rekabentuk sekarang.Kini,di dalam dunia perisian 3D, telah banyak perisian telah diperkenalkan didalam pasaran. Tahukah anda bahawa perisian 3D juga terdapat banyak segmen, dan salah satunya ialah CAID?

Penggunaan perisian CAID mampu menghasilkan bentuk rekaan yang menarik dan organik.

Computer-aided Industrial Design atau singkatan CAID adalah salah satu segmen CAD (Computer Aided Design) yang lebih tertumpu kepada ‘surfacing’ (permukaan) yang khusus digunakan oleh perekabentuk industry (industrial designer) dan juga perekabentuk produk (product designer).Pendekatan yang digunakan didalam perisian CAID kebanyakannya adalah berkonsepkan ‘free form’ yang memberi kelebihan kepada perkabentuk untuk menyampaikan idea mereka dengan bebas. Perekabentuk akan menggunakan perisian CAID seperti solidThinking untuk menyampaikan idea mereka dan seterusnya akan dianalisis oleh jurutera sebagai langkah seterusnya didalam proses pengeluaran. Biasanya, perekabentuk akan menghasilkan rekabentuk mereka menggunakan perisian CAID, dan seterusnya akan mempersembahkan idea mereka didalam ‘rendering’ yang realistik untuk mendapat pandangan dan input dari pelbagai pihak.

Contoh hasil ‘rendering’ yang realistik (solidThinking)

Di dalam segmen CAID, kualiti ‘surfacing’ di utamakan, kerana ianya akan membawa kepada kemasan yang berkualiti apabila sesuatu produk dihasilkan. Jadi, perisian yang mampu menghasilkan bentuk ‘surface’ yang organik adalah satu kelebihan bagi perekabentuk untuk memberi lebih nilai estetika terhadap rekaannya, seperti perisian solidThinking. Perisian CAID seperti solidThinking adalah salah satu penyelesaian untuk perekabentuk industri atau perekabentuk produk untuk mebina ‘surface’ dengan lebih cepat dan juga boleh diubah bentuknya pada bila-bila masa, tanpa perlu memulakan kembali pembinaan ‘surface’ itu. Dengan itu, perekabentuk dapat mencari alternatif baru kepada rekaan mereka dengan segera, dan juga dapat menyampaikan idea mereka dengan hasil ‘rendering’ dengan pantas. Didalam dunia rekabentuk yang penuh saingan kini, masa memainkan peranan yang penting, dan penjimatan masa dapat juga menjimatkan kos.

*Dapatkan perisian solidThinking pada harga diskaun sekarang! Promosi berakhir pada 30 September 2011.