Friday, June 3, 2011

Teknologi 'morphogenesis' di dalam solidThinking Inspired

'Morphogenesis' adalah salah satu teknologi yang diaplikasikan didalam solidThinking, yang juga dikenali sebagai modul solidThinking Inspired, dimana modul ini tidak terdapat didalam mana-mana perisian CAID yang lain. Teknologi 'Morphogenesis' ini adalah satu kejuruteraan mereplikasi kejadian alam, dimana mengambil kira hukum kejadiaan fizik alam, dari segi pembentukan struktur sokongan terhadap sesuatu objek. Dengan teknologi 'morphogenesis' perekabentuk dapat mengekplorasi rekabentuk yang lain dan organik, disamping masih dapat menyokong strukturnya.

Teknologi 'morphogenesis' ini adalah salah satu cara perekabentuk boleh mendapatkan inspirasi di dalam rekaan mereka. Kerana kita tahu, tiada rekaan yang lebih indah selain daripada kejadian alam itu sendiri. Dibawah ini adalah salah satu contoh rekaan motosikal yang menggunakan teknologi 'morphogenesis' dan hasilnya, sebuah rekaan yang mengkagumkan.





Seterusnya, satu lagi contoh didalam bidang senibina, dimana aplikasi solidThinking Inspired digunakan didalam proses rekabentuk sebuah stadium.




*Dapatkan perisian solidThinking pada harga diskaun sekarang! Promosi berakhir pada 30 September 2011.

No comments: